Minggu, 18 November 2012

Kisah 25 Nabi dan Rasul - Nabi Yahya AS -

baiklah kali ini kita akan membahas
mengenai kisah Nabi Yahya AS pada
zaman rasul, nah ni kisah nabi and rasul
kita selanjutnya moga bermanfaat buat
sobat semua.. ...
Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar
dan mengetahui bahawa anggota-
anggota keluarganya, saudara-
saudaranya, sepupu-sepupunya dan
anak-anak saudaranya adalah orang-
orang jahat Bani Israil yang tidak segan-
segan melanggar hukum-hukum agama
dan berbuat maksiat, disebabkan iman
dan rasa keagamaan mereka belum
meresap betul didalam hati mereka,
sehingga dengan mudah mereka tergoda
dan terjerumus ke dalam lembah
kemungkaran dan kemaksiatan. Ia
khuatir bila ajalnya tiba dan
meninggalkan mereka tanpa seorang
waris yang dapat melanjutkan
pimpinannya atas kaumnya, bahawa
mereka akan makin rusak dan makin
berani melakukan kejahatan dan
kemaksiatan bahkan ada kemungkinan
mereka mengadakan perubahan-
perubahan di dalam kitab suci Taurat
dan menyalah-gunakan hukum-hukum
agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu
fikiran Zakaria disamping rasa sedih
hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga
mencapai usia sembilan puluh tahun,
Tuhan belum mengurniakannya dengan
seorang anak yang ia idam-idamkan
untuk menjadi penggantinya memimpin
dan mengimami Bani Isra’il. Ia agak
terhibur dari rasa sedih dan
kekhuatirannya semasa ia bertugas
memelihara dan mengawasi Maryam
yang dapat dianggap sebagai anak
kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa
sedihnya dan keinginanya yang kuat
untuk memperolhi keturunan tergugah
kembali ketika ia menyaksikan mukjizat
hidangan makanan dimihrabnya
Maryam. Ia berfikir didalam hatinya
bahawa tiada sesuatu yang mustahil di
dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah
memberi rezeki kepada Maryam dalam
keadaan seorang diri tidak berdaya dan
berusaha, Dia pula berkuasa
memberinya keturunan bila Dia
kehendaki walaupun usianya sudah
lanjut dan rambutnya sudah penuh
uban.
Pada suatu malam yang sudah larut
duduklah Zakaria di mihramnya
menghiningkan cipta memusatkan
fikiran kepada kebesaran Allah seraya
bermunajat dan berdoa dengan khusyuk
dan keyakinan yang bulat. Dengan suara
yang lemah lembut berucaplah ia dalam
doanya: “Ya Tuhanku berikanlah aku
seorang putera yang akan mewarisiku
dan mewarisi sebahagian dari keluarga
Ya’qub, yang akan meneruskan pimpinan
dan tuntunanku kepada Bani Isra’il. Aku
khuatir bahawa sepeninggalanku nanti
anggota-anggota keluargaku akan rusak
kembali aqidah dan imannya bila aku
tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin
yang akan menggantikan aku. Ya
Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah
dan kepalaku telah dipenuhi uban
sedang isteriku adalah seorang
perempuan yang mandul namun
kekuasaan-Mu adalah diatas segala
kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya
berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu
mengurniai kau seorang putera yang
soleh yang engkau redhai.”
Allah berfirman memperkenankan
permohonan Zakaria: “Hai Zakaria Kami
memberi khabar gembira kepadamu,
kamu akan memperoleh seorang putera
bernama Yahya yang soleh yang
membenarkan kitab-kitab Allah menjadi
pemimpin yang diikuti bertahan diri dari
hawa nafsu dan godaan syaitan serta
akan menjadi seorang nabi.”
Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku bagaimana
aku akan memperolehi anak sedangkan
isteri adalah seorang perempuan yang
mandul dan aku sendiri sudah lanjut
usianya.”
Allah menjawab dengan firman-Nya:
“Demikian itu adalah suatu hal yang
mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah
ciptakan engkau padahal engkau di
waktu itu belum ada sama sekali?”
Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah
aku akan suatu tanda bahawa isteri aku
telah mengandung.” Allah berfirman:
“Tandanya bagimu bahawa engkau tidak
dapat berkata-kata dengan manusia
selama tiga hari berturut-turut kecuali
dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku
sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah
diwaktu petang dan pagi hari.”
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak
dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa
ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih
kanak-kanak dan bahawa ia seorang
putera yang berbakti kepada kedua ora
ng tuanya dan bukanlah orang yang
sombong durhaka. Ia terkenal cerdik
pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia
muda, sangat tekun beribadah yang
dilakukan siang dan malam sehingga
berpengaruh kepada kesihatan badannya
dan menjadikannya kurus kering,
wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang
alim menguasai soal-soal keagamaan,
hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi
tempat bertanya tentang hukum-hukum
agama. Ia memiliki keberanian dalam
mengambil sesuatu keputusan, tidak
takut dicerca orang dan tidak pula
menghiraukan ancaman pihak penguasa
dalam usahanya menegakkan kebenaran
dan melawan kebathilan.
Ia selalu menganjurkan orang-orang
yang telah berdosa agar bertaubat dari
dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya
mereka dipermandikan { dibaptiskan } di
sungai Jordan, kebiasaan mana hingga
kini berlaku di kalangan orang-orang
Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah
orang pertama yang mengadakan
upacara itu, maka ia dijuluki “Yahya
Pembaptis”.
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa
Palestin pada waktu itu mencintai anak
saudaranya sendiri bernama Hirodia,
seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh
lampai dan ramping dan berhasrat ingin
mengahwininya. Sang gadis berserta
ibunya dan seluruh anggota keluarga
menyentujui rencan perkahwinan itu,
namun Nabi Yahya menentangnya dan
mengeluarkan fakwa bahawa
perkahwinan itu tidak boleh
dilaksanakan kerana bertentangan
dengan syariat Musa yang
mengharamkan seorang mengahwini
anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan
Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang
melarangnya tersiar di seluruh pelosok
kota dan menjadi pembicaraan orang di
segala tempat di mana orang
berkumpul. Herodia si gadis cantik calon
isteri itu merasa sedih bercampur marah
terhadap Nabi Yahya yang telah
mengeluarkan fatwa mengharamkan
perkahwinannya dengan bapa
saudaranya sendiri, fatwa mana telah
membawa reaksi dan pendapat
dikalangan masyarakat yang luas. Ia
khuatir bahawa bapa saudaranya
Herodus calon suami dapat terpengaruh
oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa
membatalkan perkahwinan yang sudah
dinanti-nanti dan diidam-idamkan,
bahkan bahkan sudah menyiapkan
segala sesuatu berupa pakaian mahupun
peralatan yang perlu untuk pesta
perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi
masyarakat itu, Herodia tidak tinggal
diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan
kecantikkan dan parasnya yang ayu itu
mempengaruhi bapa saudaranya calon
suaminya agar rencana perkahwinan
dilaksanakan menurut rencana. Dengan
merias diri dan berpakaian yang
merangsang, ia pergi mengunjungi bapa
saudaranya Herodus yang sedang
dilanda mabuk asmara. Bertanya
Herodus kepada anak saudaranya calon
isterinya yang nampak lebih cantik
daripada biasa : “Hai manisku, apakah
yang dapat aku berbuat untukmu.
Katakanlah aku akan patuhi segala
permintaanmu, kedatanganmu kemari
pada saat ini tentu didorong oleh
sesuatu hajat yang mendesak yang ingin
engkau sampaikan kepadaku.
Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-
ragu, hai sayangku, aku sedia melayani
segala keperluan dan keinginanmu.”
Herodia menjawab: “Bila Tuan Raja
berkenan, maka aku hanya mempunyai
satu permintaan yang mendorongku
datang mengunjungi Tuanku pada saat
ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah
kepala Yahya bin Zakaria orang yang
telah mengacau rencana kita dan
mencemarkan nama baik Tuan Raja dan
namaku sekeluarga di segala tempat dan
penjuru. Supaya dia dipenggal
kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan
besarnya terima kasihku, bila Tuanku
berkenan meluluskan permintaanku ini”.
Herodus yang sudah tergila-gila dan
tertawan hatinya oleh kecantikan dan
keelokan Herodia tidak berkulik
menghadapi permintaan calon isterinya
itu dan tidak dapat berbuat selain
tunduk kepada kehendaknya dengan
mengabaikan suara hati nuraninya dan
panggilan akal sihatnya. Demikianlah
maka tiada berapa lama dibawalah
kepala Yahya bin Zakaria berlumuran
darah dan diletakkannya di depan
kesayangannya Herodia yang tersenyum
tanda gembira dan puas hati bahawa
hasratnya membalas dendam terhadap
Yahya telah terpenuhi dan rintangan
utama yang akan menghalangi rencana
perkahwinannta telah tersingkirkan,
walaupun perbuatannya itu menurunkan
laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya
dan Bani Isra’il seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai
di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah
Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah
Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan
surah Al-Anbiya’ ayat 89 sehingga ayat
90.
demikian kisah Nabi Yahya AS semoga
bermanfaat.

0 komentar:

Posting Komentar

Template by:

Free Blog Templates